欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Teladan Patut Dicontohi - Presiden Brazil Lula da Silva

(CRI)Isnin 18 November 2024

Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva menganggap China ialah teladan yang patut dicontohi kerana China berjaya mewujudkan pembaharuan serta mengecapi kejayaan cemerlang dalam bidang teknologi dalam jangka masa yang singkat.

Lula da Silva berkata demikian ketika ditemu bual wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Brazil.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah beberapa kali melawat China.

"Setiap kali ke China, saya dapat melihat pembangunan sistematik China dalam bidang perdagangan, perindustrian dan pendidikan.

"China menjadi contoh yang baik," ujar beliau.

Ketika membicarakan tentang projek kerjasama antara kedua-dua negara, Lula da Silva menyatakan bahawa Brazil telah menjadi pasaran eksport yang paling besar bagi kenderaan elektrik (EV) China.

Kini syarikat BYD telah membuka kedai di negeri Estado de Bahia, manakala syarikat Great Wall Motor (GWM) telah membina kilang di S?o Paulo.

"Saya amat gembira dimaklumkan bahawa BYD akan mengupah 20,000 pekerja di Estado de Bahia. Kilang BYD ini mengeluarkan EV dan mengeksport ke negara lain.

Beliau berpendapat bahawa ini amat penting bagi Brazil yang begitu luas kerana ia akan merangsang syarikat kenderaan lain di Brazil turut membuat pelaburan dalam jumlah besar. Langkah tersebut akan secara tidak langsung meningkatkan daya saing syarikat tempatan.

"Saya amat gembira hari ini kerana dimaklumkan bahawa jumlah pengeluaran kenderaan di Brazil pada bulan ini membaharui rekod dalam sejarah. Inilah permulaan yang amat penting," kata Presiden Lula da Silva.

Video

Berita Berkaitan