欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden Xi Bertemu Presiden Argentina Milei

(CRI)Rabu 20 November 2024

Presiden China Xi Jinping berkata struktur ekonomi dan perdagangan antara China dan Argentina adalah saling melengkapi dan prospek kerjasama kedua-dua negara ini amat cerah.

Xi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Argentina Javier Milei sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro, Brazil pada pagi Selasa waktu tempatan.

Xi menzahirkan harapan untuk bekerjasama dengan Argentina untuk mempromosikan pembangunan berkualiti Jalur dan Laluan, selain mempergiat kerjasama dua hala dalam sektor tenaga, perlombongan, prasarana, pertanian, inovasi sains teknologi, ekonomi digital dan lain-lain.

Milei pula menyampaikan penghargaan atas usaha China dalam membantu Argentina menstabilkan situasi ekonomi dan kewangan dalam negeri.

Beliau berharap agar Argentina dapat menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dan mantap bagi China, di samping mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di negara itu.

Video

Berita Berkaitan