欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Rangka Langkah Kurangkan Kos Logisitik Sosial

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 28 November 2024

China mengumumkan hasrat untuk mengurangkan kos logistik sosial untuk KDNK kepada sekitar 13.5 peratus menjelang 2027, yang seiring dengan langkah negara untuk menambah baik kecekapan ekonomi, lapor agensi berita Xinhua pada Rabu.

Memetik pelan yang dikeluarkan pejabat am Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Majlis Negara, menjelang 2027, China dijangka untuk terus mengoptimumkan kelebihan struktur pengangkutan barangan, serta memperkuat sistem logistik kebangsaan dan jaringan perkhidmatan logistik modern.

Pada masa sama, usaha juga akan ditumpukan untuk memajukan pembaharuan di kawasan-kawasan utama rel kereta api dan dalam pasaran pengangkutan jalan raya, meningkatkan keterbukaan dan kesalinghubungan data logistik, mempercepatkan pembinaan sistem rantaian bekalan moden, dan menambah baik sistem logistik komersial moden.

Lapor Xinhua lagi, China akan mengoptimumkan pengangkutan komoditi pukal, memperkuat rantai bekalan antarabangsa, dan memupuk perusahaan logstik modern terkemuka.

Menurut perancangan, penjadualan dan mekanisme peruntukan kapasiti untuk kereta api kargo China-Eropah juga akan dinaik taraf.

Difahamkan, China akan menggalakkan model logistik baharu yang mengintegrasikan platform ekonomi, ekonomi altitud dan pemanduan autonomi, serta mempromosi penggunaan teknologi seperti kenderaan tanpa pemandu, bot, dron dan gudang.

China juga akan memberi bantuan terhadap usaha menghijaukan hab-hab logistik serta kemudahan pengangkutan dan kilang.

Untuk rekod, Persekutuan Logistik dan Pembelian China, kos logistik sosial negara Tembok Besar pada tiga suku pertama 2024 itu adalah sebanyak RMB13.4 trilion (sekitar AS$1.86 trilion), manakala nisbah kos logistik untuk KDNK pula adalah 14.1 peratus.

Video

Berita Berkaitan