欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah ke-5 di Chengdu

(CRI)Isnin 02 Disember 2024

Menteri Luar China Wang Yi mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah edisi kelima di Chengdu, barat daya China pada Ahad.

Yang turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kazakhstan Murat Nurtleu, Menteri Luar Kyrgyzstan Kulubaev Zheenbek Moldokanovich, Menteri Luar Tajikistan Sirojiddin Muhriddin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Turkmenistan Rashid Meredov dan Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov.

Wang Yi berkata enam negara hendaklah terus melaksanakan dengan baik konsensus yang dicapai semasa Sidang Kemuncak China-Asia Tengah pertama di Xi'an, dan membuat persiapan untuk menjayakan edisi kedua yang bakal diadakan di Kazakhstan tahun depan.

Negara-negara terbabit juga perlu memberi keutamaan kepada usaha menjana pembangunan, sambil bersinergi memelihara persekitaran yang aman dan mengekalkan persahabatan turun-temurun.

Wang turut menekankan perlunya menjunjung multilateralisme dan memperkasa kolaborasi Selatan Global.

Video

Berita Berkaitan