欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah Persidangan 'Understanding China'

(CRI)Selasa 03 Disember 2024

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian persidangan 'Understanding China' 2024 di Guangzhou pada Selasa.

Xi berkata pemahaman terhadap pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh dan modenisasi ala China merupakan kunci utama bagi memahami negara Tembok Besar.

China giat menggerakkan pembinaan sistem ekonomi pasaran sosialis bertaraf tinggi, memperluas keterbukaan secara keinstitusian, menyelaraskan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi serta mewujudkan persekitaran keinstitusian yang telus, stabil dan boleh diramal.

Menurut beliau, modenisasi ala China bukan sahaja memenuhi aspirasi 1.4 bilion rakyat terhadap kehidupan lebih indah malah menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Xi turut menzahirkan hasrat China ingin bersama semua negara mencipta persekitaran yang kondusif untuk pembangunan sambil bertindak proaktif merungkai pelbagai kesulitan dan cabaran.

Beliau berharap usaha dipergiat ke arah pemodenan semua negara yang bercirikan pembangunan secara damai, kerjasama saling untung serta makmur bersama, sekali gus menyingkap lembaran baharu pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan