欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Jerman Anjur Dialog Strategik Diplomasi dan Keselamatan

(CRI)Selasa 03 Disember 2024

Pusingan ketujuh dialog strategik China-Jerman mengenai diplomasi dan keselamatan berlangsung di Beijing pada Isnin, dipengerusikan oleh Menteri Luar China Wang Yi bersama rakan sejawatnya dari Jerman Annalena Baerbock.

Wang berkata sebagai entiti ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia, China dan Jerman perlu mengekalkan dialog dan kolaborasi, mengetepikan mentaliti konfrontasi Perang Dingin, di samping bersinergi menangkis risiko luaran dan merungkai pelbagai cabaran global.

Beliau berharap Jerman serta Eropah memandang pembangunan China secara objektif dan rasional, mengamalkan dasar yang positif dan pragmatik terhadap China dan menangani pertikaian perdagangan menerusi rundingan.

Baerbock pula berkata dialog tulus ikhlas dan komunikasi strategik dengan China mempunyai makna signifikan tatkala berdepan dunia yang tidak menentu.

Menurut beliau, Jerman menyokong rundingan berhubung isu antisubsidi kenderaan elektrik (EV) diteruskan antara Kesatuan Eropah (EU) dan China sehingga menemui penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan