欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Martabatkan Pengubatan Tradisional di Persada Dunia

(CRI)Khamis 05 Disember 2024

Hendaklah memartabatkan pengubatan tradisional di persada dunia dan meningkatkan capaiannya dalam perkhidmatan kesihatan rakyat.

Demikian seruan yang dibuat dalam Perisytiharan Beijing yang diwartakan pada Persidangan Pengubatan Tradisional Sedunia 2024 yang menutup tirai di sini pada Rabu.

Menurut perisytiharan berkenaan, pengubatan tradisional yang kompleks dan berlatarbelakangkan budaya yang pelbagai, memerlukan kaedah pengajian yang khas. Peningkatan ketersambungan pengubatan tradisional dalam perkhidmatan sistem kesihatan kebangsaan tidak terlepas dari jaminan dan sokongan dari jabatan kerajaan.

Para hadirin persidangan terbabit bersepakat untuk mengambil langkah-langkah seperti terus memasyarakatkan konsep, pengetahuan dan amalan tentang pengubatan tradisional, menyusun dan melaksanakan agenda pengajian keutamaan dalam senario global, di samping mendorong peningkatan ketersambungan antara pengubatan tradisional dengan pengubatan moden.

Pada majlis penutupan persidangan tersebut, Jabatan Pentadbiran Pengubatan Tradisional Kebangsaan China (NATCM) telah melancarkan sejumlah rancangan penyelidikan saintifik antarabangsa dan sebahagian program tentang pertukaran sumber manusia dan peningkatan keupayaan.

Selain itu, saranan untuk menubuhkan persekutuan pengubatan tradisional global juga dikemukakan pada persidangan itu, demi menjalinkan jaringan rakan antarabangsa yang lebih erat.

Turut hadir dalam 129 ceramah dan 13 dialog yang diadakan semasa berlangsungnya persidangan anjuran bersama China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu, lebih 3,000 pegawai kerajaan, wakil pertubuhan antarabangsa, pakar dan cendekiawan.

Video

Berita Berkaitan