欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Dialog "1+10", Amalan Multilateralisme yang Tepat pada Waktunya

(CRI)Rabu 11 Disember 2024

Keazaman China untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan tidak akan berubah.

Demikian ditegaskan Presiden China, Xi Jinping tatkala bertemu dengan ketua-ketua pertubuhan ekonomi antarabangsa utama yang datang ke China untuk menghadiri Dialog "1+10" di Beijing semalam.

Perdana Menteri Li Qiang pula berkata China bersedia bersama pelbagai pihak untuk mendorong ekonomi dunia berkembang dengan sihat dan mantap semasa mengadakan Dialog "1+10" dengan ketua-ketua pertubuhan ekonomi antarabangsa utama di Beijing kelmarin.

Pada masa yang sama, ramai pakar dan cendekiawan dalam bidang ekonomi dan politik antarabangsa di China beranggapan bahawa penganjuran dialog tersebut adalah tepat pada waktunya.

Ketua Institut Ekonomi Antarabangsa Universiti Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa (UIBE), Sang Baichuan berpendapat bahawa China perlu meningkatkan keberkesanan dalam kerjasama dengan pelbagai pertubuhan ekonomi antarabangsa. Berdialog dengan ketua-ketua pertubuhan ekonomi antarabangsa sebenarnya boleh membantu mengeluarkan suara China di persada dunia, manakala mebantu dunia mendapat pendedahan yang lebih jelas tentang pengoperasian ekonomi China.

Ketua Institut di bawah Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Zhao Ping pula berkata, China ialah komponen penting dan kritikal dalam rantai pembekalan global. Selepas dialog kali ini, kestabilan dan kelancaran dalam rantai pembekalan global dipercayai akan terus meningkat, dan negara-negara membangun akan menjadi semakin relevan dalam rantai itu yang dijangka akan berkembang ke arah yang lebih inklusif.

Video

Berita Berkaitan