欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden Xi Ucap Tahniah kepada USCBC

(CRI)Jumaat 13 Disember 2024

China dan Amerika Syarikat (AS) dikehendaki mengadakan dialog dan kerjasama, tapi bukan konfrontasi dan permainan tolak campur (zero-sum games), kata Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniah kepada gala jamuan malam Majlis Perniagaan AS-China (USCBC), pada 11 Dis.

Beliau mengucapkan tahniah kepada USCBC dan semua anggotanya di samping menyampaikan mogaan baik kepada tokoh pelbagai kalangan masyarakat AS yang memberikan perhatian dan menyokong kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

Xi berkata, hubungan China-AS antara hubungan antarabangsa yang paling penting di dunia, ia berkait rapat bukan sahaja dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara, malah masa depan dan takdir seluruh umat manusia.

Beliau menyatakan, hubungan ekonomi dan perdagangan merupakan komponen penting daripada hubungan China-AS. Oleh itu, kedua-dua negara berkongsi banyak kepentingan bersama di samping memiliki ruang kerjasama yang meluas.

Xi berkata, China akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka, membina iklim perniagaan yang baik kepada firma dari pelbagai negara termasuk AS, mengintensifkan liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan, serta menyediakan peluang baharu kepada seluruh dunia.

Pada hari yang sama, Presiden AS Joe Biden juga telah mengirim surat tahniah kepada gala jamuan malam 2024 USCBC.

Video

Berita Berkaitan