欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sektor Perkhidmatan Pos China Catat Pertumbuhan Pesat Pada Jan-Nov 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 16 Disember 2024

Agensi berita Xinhua pada Jumaat melaporkan sektor perkhidmatan pos China memperlihatkan pertumbuhan dua digit dalam kedua-dua hasil dan volum perniagaan untuk sebelas bulan pertama 2024.

Memetik hasil yang dikeluarkan Biro Pos Negara, sektor tersebut telah mengendalikan sejumlah 174.28 bilion bungkusan dalam tempoh itu, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 19.1 peratus dari tahun ke tahun.

Difahamkan, daripada jumlah itu, bungkusan yang telah dikendalikan oleh syarikat penghantaran ekspres telah mencapai 157.29 bilion, iaitu menaik 21.4 peratus berbanding tempoh sama tahun terdahulu.

Hasil pengoperasian sektor itu turut sama melonjak, iaitu sebanyak RMB1.5 trilion dalam tempoh tersebut, iaitu meningkat 10.6 peratus dari tahun ke tahun.

Menurut data itu lagi, pada November sahaja, sektor tersebut telah mengendalikan 18.78 bilion bungkusan berbanding bulan sama tahun 2023.

Video

Berita Berkaitan