欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Keterbukaan China Cetus Peluang Luas Buat Dunia

(CRI)Rabu 18 Disember 2024

Usaha China memacu pembangunan berkualiti melalui keterbukaan bertaraf tinggi mencetuskan peluang luas untuk pemodenan negara lain.

Demikian kata Menteri Luar Wang Yi ketika berucap pada simposium mengenai situasi antarabangsa dan hubungan luar China 2024 yang berlangsung di Beijing pada Selasa.

Wang berkata China terus memperluas keterbukaan secara keinstitusian, mengurangkan senarai negatif akses pelaburan asing dan melonggarkan akses industri pembuatan secara menyeluruh.

Selain menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selama tujuh tahun berturut-turut, China memberi layanan tarif sifar kepada semua negara paling kurang maju (least developed countries--LDCs) yang menjalin hubungan diplomatik dengan China membabitkan 100 peratus garis tarif.

Kini, China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak kepada 38 negara serta kemudahan transit tanpa visa kepada 54 negara sehingga mencetuskan fenomena 'China Travel' yang menggamit kedatangan pengembara asing.

Menurut beliau, China giat menyelaraskan diri dengan peraturan dagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi, memajukan agenda Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) dan menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan serta pelaburan sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada pertumbuhan ekonomi global.

Wang menambah China berjaya merintis laluan pemodenan yang sesuai dengan keadaan sendiri dan sedia bersinergi dengan masyarakat antarabangsa ke arah mewujudkan modenisasi semua negara yang bercirikan pembangunan damai, kerjasama saling untung dan kemakmuran bersama.

Video

Berita Berkaitan