欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Bertemu Ketua Eksekutif Makau Ho Iat Seng

(CRI)Khamis 19 Disember 2024
Xi Bertemu Ketua Eksekutif Makau Ho Iat Seng

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Makau, Ho Iat Seng di Makau pada petang Rabu.

Xi Jinping memberikan pujian ke atas kerja Ho yang menerajui kerajaan penggal ini bersatu padu dengan pelbagai kalangan masyarakat tempatan, melaksanakan prinsip "satu negara dua sistem" secara menyeluruh, dan dengan tegas menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, mengatasi cabaran pandemik COVID-19, dan mempromosi kepelbagaian ekonomi tempatan.

Beliau juga menzahirkan harapan agar Ho dapat memberikan sokongan kepada kerja Ketua Eksekutif baharu dan kerajaan penggal baharu, selain terus memberikan sumbangan kepada pelaksanaan "satu negara dua sistem" demi mempromosikan pembangunan Makau amnya dan negara khasnya.

Ho pula menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Xi dan kerajaan pusat yang memberikan keyakinan dan sokongan penuh kepada beliau dan kerajaan tempatan Makau.

Beliau menyatakan komitmen untuk menyokong kerajaan penggal baharu, dan terus menyumbang kepada pembangunan tempatan dan negara.

Video

Berita Berkaitan