欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ekonomi Digital China Bertunjangkan 4.57 Juta Perusahaan Industri Teras

(CRI)Selasa 24 Disember 2024

Data rasmi Jabatan Pentadbiran Am untuk Peraturan Pasaran China menunjukkan, jumlah perusahaan dalam industri teras ekonomi digital mencatat lebih 4.57 juta pada akhir November lalu di negara ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 17.99% berbanding hujung 2023.

Jika dilihat dari segi klasifikasi industri, bilangan perusahaan dalam industri aplikasi teknologi digital menokok 2.17 juta, dan dalam industri yang dipacu faktor digital mencatat 1.96 juta, diikuti oleh 236,300 syarikat dalam sektor perkhidmatan produk digital, dan 208,200 dalam sektor pembuatan produk digital, masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 17.6%, 19.64%, 16.7%, dan 8.92% berbanding akhir tahun 2023.

Dari segi taburan geografi pula, jumlah perusahaan perindustrian teras di provinsi Guangdong, Zhejiang dan Shandong berada di kedudukan tiga teratas dalam ranking kebangsaan, dengan masing-masing mencatat angka 753,500, 440,400 dan 400,300.

Menurut laporan, industri teras ekonomi digital merujuk kepada pelbagai aktiviti ekonomi yang menyediakan teknologi, produk, perkhidmatan, infrastruktur dan pakej penyelesaian digital serta aktivit yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi digital dan elemen data untuk mewujudkan pembangunan digital industri yang melibatkan pembuatan produk digital, perkhidmatan produk digital, industri aplikasi teknologi digital dan industri yang dipacu elemen digital.

Video

Berita Berkaitan