欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

HSR Baharu Laluan Shanghai-Suzhou-Huzhou Mula Beroperasi Esok

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 25 Disember 2024
HSR Baharu Laluan Shanghai-Suzhou-Huzhou Mula Beroperasi Esok

Kereta api laju (HSR) laluan baharu di Delta Sungai Yangtze akan memulakan operasi pada esok, sekali gus mengurangkan masa perjalanan di kawasan itu dan meningkatkan ketersambungan menerusi sistem kereta api.

Demikian lapor agensi berita China Daily yang memetik kenyataan pengendali kereta api kebangsaan, syarikat China State Railway Group pada Selasa.

Menurut laporan, laluan baharu itu akan menghubungkan Shanghai, Suzhou dan Huzhou, dengan masa perjalanan antara Stesen Kereta Api Hongqiao Shanghai dan Huzhou disingkatkan kepada 55 minit berbanding hampir dua jam pada sebelum ini.

Syarikat tersebut menyifatkan laluan baharu HSR itu sebagai jaringan komprehensif yang menyasarkan untuk memacu integrasi kawasan sekitar, dan memudahkan pembangunan ekonomi.

Laluan baharu sepanjang 164 kilometer dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam itu akan menghubungkan lapan stesen termasuk Shanghai Hongqiao, Shanghai Songjiang, Suzhou Selatan dan Stesen Huzhou.

Pada masa sama, ia juga akan menambah baik keseluruhan infrastruktur pengangkutan wilayah Delta Sungai Yangtze, menghubungkan hab ekonomi utama dan mengintegrasikan jaringan pengangkutan.

Video

Berita Berkaitan