欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza

(CRI)Khamis 26 Disember 2024

China menyerahkan dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di semenanjung Gaza, dan majlis penandatanganan sijil penyerahan barangan tersebut turut disaksikan oleh Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang dan Duta Besar Palestin ke Mesir, Diab al-Louh di sini pada 23 Disember.

Liao Liqiang menyatakan bahawa demi meredakan ketegangan dalam situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China menghulurkan bantuan yang sesuai dengan kemampuan diri kepada Palestin secara berterusan melalui Mesir. Barangan bantuan tersebut melibatkan bijirin dan ubat-ubatan. China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkenaan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.

Diab al-Louh pula menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Palestin merakamkan terima kasih kepada bantuan kecemasan China bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat di Gaza. Beliau memuji China yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin demi keadilan dan bersuara untuk Palestin di arena antarabangsa. Ini sememangnya menggambarkan persahabatan yang mendalam antara Palestin dan China dan menunjukkan China menggalas tanggungjawab yang selaras dengan negara kuasa besar.

Video

Berita Berkaitan