欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tindakan Filipina Bawa Masuk Sistem Typhon?Ancam Kedamaian Serantau: MFA

(CRI)Jumaat 27 Disember 2024

Tindakan Filipina bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membawa masuk sistem peluru berpandu jarak sederhana Typhon akan mengancam kedamaian dan keselamatan serantau.

Bantahan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Mao Ning dalam sidang media pada Khamis susulan kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto C. Teodoro Jr yang mendakwa penempatan Typhon bagi latihan bersama Filipina-AS adalah sah dan munasabah.

Mao berkata sistem peluru berpandu jarak sederhana Typhon boleh membawa kepala peledak konvensional atau nuklear. Ia bukan senjata pertahanan, sebaliknya senjata strategik dan bersifat menyerang.

Tindakan Filipina itu dilihat meletakkan keselamatan dan pertahanan sendiri pada tangan orang lain, sekaligus mewujudkan risiko konfrontasi geopolitik dan persaingan senjata di rantau ini.

Video

Berita Berkaitan