欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Ecuador Komited Perkukuh Hubungan Bilateral

(CRI)Khamis 02 Januari 2025

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Ecuador, Daniel Noboa saling bertukar ucapan tahniah hari ini sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Xi menyifatkan hubungan China dan Ecuador sebagai perkongsian strategik yang komprehensif dengan menyatakan hubungan kedua-dua negara mengekalkan trend pembangunan yang baik dalam tempoh 45 tahun yang lalu.

“Penandatanganan dan penguatkuasaan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Ecuador telah menggalakkan penaiktarafan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan, sekali gus menyuntik momentum baharu ke dalam perkembangan hubungan bilateral.

“Saya sangat menghargai perkembangan hubungan China-Ecuador dan bersedia bekerjasama dengan Tuan Presiden untuk menjadikan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara sebagai titik permulaan baharu, memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus melonjakkan ikatan bilateral ke tahap lebih tinggi,” kata Xi.

Noboa pula berkata bahawa penglibatan Ecuador dalam Inisiatif Jalur dan Laluan dan perkuatkuasaan Perjanjian Perdagangan Bebas Ecuador-China bermanfaat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Ecuador bersedia terus bekerjasama rapat dengan China untuk memperkukuh persahabatan serta menambah dialog dan kerjasama bagi mewujudkan kemakmuran bersama pada masa depan,” kata beliau.

Video

Berita Berkaitan