欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Hong Kong Jemput Syarikat Antarabangsa Melabur dan Nikmati Pembangunan "Satu Negara, Dua Sistem"

(CRI)Jumaat 03 Januari 2025

Sehingga akhir tahun 2024, jumlah syarikat tempatan dan antarabangsa serta syarikat baharu tempatan yang beroperasi di Hong Kong masing-masing mencatat rekod baharu.

Jumlah syarikat dari dalam dan luar negara yang beroperasi di Hong Kong mencatat hampir 10,000 buah, manakala syarikat baharu tempatan sebanyak 4,700 buah.

Justeru syarikat-syarikat dari seluruh dunia dialu-alukan untuk melabur dan mengembangkan perusahaan mereka di Hong Kong serta berkongsi hasil pembangunan Hong Kong dan perlaksanaan "Satu Negara, Dua Sistem".

Demikian kata Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Khamis.

Beliau berkata, dengan sokongan kerajaan pusat, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh, bertindak pantas dan berani, memberi tumpuan kepada ekonomi dan pembangunan, memperkukuh pertukaran dan kerjasama luar negara serta terus mengukuhkan momentum pembangunan dan kestabilan Hong Kong.

Hong Kong telah diiktiraf sebagai ekonomi paling bebas di dunia dan menduduki tangga ke-3 di dunia sebagai pusat kewangan antarabangsa, dengan skala pengurusan aset melebih USD4 trilion (RM18 trilion).

Video

Berita Berkaitan