欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Kutuk Keras Serangan Israel terhadap Kemudahan Perubatan di Gaza

(CRI)Ahad 05 Januari 2025

Wakil tetap China ke Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong mengutuk keras serangan Israel terhadap sebuah kemudahan perubatan di kawasan utara Gaza, dan menggesa Israel bertindak selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Dalam sidang tergembar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin dan Israel pada 3 Januari lalu, Fu menyatakan bahawa tentera Israel melancarkan serangan terhadap Hospital Kamal Adwan, satu-satunya kemudahan perkhidmatan perubatan komprehensif yang tinggal di utara Gaza, menahan anggota perubatan dan memindahkan secara paksa pesakit dari hospital itu sehingga mengakibatkan ramai orang kehilangan nyawa, dan akhirnya membakar hospital itu. Tindakan itu merupakan pelanggaran yang biadab terhadap undang-undang antarabangsa terutamanya undang-undang kemanusiaan antarabangsa.  

Fu berkata dalam mesyuarat terbuka itu bahawa laporan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) menunjukkan, setakat Jun tahun 2024, sekurang-kurangnya 27 buah hospital dan 12 buah agensi perkhidmatan perubatan di Gaza pernah mengalami serangan sebanyak 136 kali yang turut meragut lebih 500 nyawa anggota perubatan.

Fu menggesa Israel mematuhi kewajipan yang termaktub dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menghentikan lakuan yang mengubah hospital menjadi medan perang, menghentikan serangan terhadap kemudahan perubatan, dan membebaskan semua anggota perubatan yang ditahannya.

Fu menyatakan, China menyeru Israel membatalkan sekatan sekatan ke atas akses kemanusiaan ke Gaza, menghentikan penguatkuasaan undang-undang yang melarang Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian di Timur Dekat (UNRWA) daripada terus menjalankan aktiviti berkenaan malah mempertimbangkan pemansuhannya secepat mungkin, dan memastikan keselamatan dan kelangsungan dalam bantuan yang dijalankan oleh pelbagai agensi kemanusiaan termasuk UNRWA terjamin.

Video

Berita Berkaitan