欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Gempa Xizang: China Peruntukan RMB80 Juta Untuk Pengeluaran Pertanian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Januari 2025

Kementerian Kewangan China pada Rabu mengumumkan bahawa peruntukan sebanyak RMB80 juta akan disalurkan kepada Wilayah Autonomi Xizang sebagai bantuan untuk pengeluaran pertanian yang musnah susulan gempa bumi yang melanda pada Selasa.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, kementerian itu menyebut bahawa bantuan tersebut akan menyokong kerja-kerja bantuan bencana berkaitan pengeluaran pertanian dan pemulihan fasiliti penternakan haiwan yang terjejas.

Tambah kementerian tersebut, dana yang diperuntukan itu juga akan meliputi subsidi untuk pembelian peralatan kawalan penyakit dan serangga, petrol, makanan ternakan, dan bahan-bahan lain untuk penyambungan semula operasi pasca gempa.

Pada Selasa, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter telah melanda Kaunti Dingri di Xizang, meragut 126 nyawa, dan mencederakan 188 lagi individu. Telekomunikasi, jalan, dan tenaga telah kembali dipulihkan di kawasan yang terlibat.

Video

Berita Berkaitan