欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kapal Hospital 'Peace Ark' Sempurnakan Misi Harmoni-2024

(CRI)Khamis 09 Januari 2025

Kapal hospital 'Peace Ark' milik Tentera Laut China berlepas pulang ke tanah air pada Selasa selepas menyempurnakan Misi Harmoni-2024 melibatkan 13 negara Asia dan Afrika.

Sebelum meninggalkan dermaga Pangkalan Tentera Laut Changi Singapura, kapal berkenaan membuat persinggahan teknikal di negara itu selama lima hari.

Dalam tempoh itu, 'Peace Ark' menerima kunjungan petugas perubatan tentera laut Singapura dan kakitangan kedutaan China yang ingin mendalami misi dilaksana kapal tersebut.

Kapal hospital 'Peace Ark' mula belayar dari Zhoushan, provinsi Zhejiang di timur China pada Jun 2024 dan berjaya menyelesaikan kunjungan muhibah ke 13 negara antaranya termasuk Seychelles, Tanzania, Mozambique, Afrika Selatan, Djibouti dan Sri Lanka serta menawarkan perkhidmatan perubatan kepada rakyat tempatan.

Dalam tempoh tujuh bulan, kapal hospital itu menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan kepada lebih 80,000 orang, menjalankan sebanyak 1,400 kali pembedahan serta hampir 40,000 pemeriksaan dan ujian.

Pada masa sama, 'Peace Ark' juga menjalankan latihan rawatan perubatan menyeluruh serta latihan antikeganasan dan antilanun, selain latihan bersama dengan tentera laut beberapa negara.

Video

Berita Berkaitan