欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Utusan Khas Presiden Xi Hadiri Upacara Angkat Sumpah Presiden Baharu Venezuela

(CRI)Ahad 12 Januari 2025

Utusan Khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Wang Dongming menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Venezuela Nicolás Maduro di Caracas, ibu negara Venezuela pada Jumaat lalu, atas undangan kerajaan negara itu.

Selepas upacara tersebut, Presiden Maduro menerima kunjungan Wang di Istana Presiden.

Wang berkata, pada September 2023, presiden kedua-dua negara telah mengumumkan keputusan untuk meningkatkan hubungan China-Venezuela ke tahap perkongsian strategik dalam apa jua keadaan cuaca, sekali gus membawa hubungan kedua-dua negara ke era bahara.

Menurut Wang, China bersedia untuk bekerjasama dengan Venezuela untuk terus melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan dan membangunkan persahabatan tradisional, mendorong hubungan dua hala maju ke depan, serta memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan