欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Landasan ECRL dari Maran ke Kota Bharu Siap Dipasang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 16 Januari 2025
Landasan ECRL dari Maran ke Kota Bharu Siap Dipasang
(Foto ihsan CCCC)

Memetik laporan Xinhua, kerja pemasangan landasan sepanjang 400 kilometer dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah siap pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd berulas pada majlis penyempurnaan kerja pemasangan landasan bahawa, kejayaan pemasangan landasan ECRL disokong oleh penggunaan teknologi termoden dan canggih dari China serta memaparkan dedikasi dan kerjasama erat pasukan ECRL di sepanjang jajaran relnya.

Kong Qi, Pengarah Urusan China Communications Construction Company (CCCC) pula berkata, timnya akan terus mengguna pakai teknologi terkini dan kaedah pembinaan yang cekap, dengan fokus untuk memupuk juruteknik yang terlatih agar menyumbang kepada pembangunan dan kemampanan infrastruktur tempatan.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer yang diusahakan bersama oleh China dan Malaysia di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan dijangka akan menambah baik ketersambungan dan pertumbuhan ekonomi pantai timur.

(Foto ihsan CCCC)

Video

Berita Berkaitan