欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon

(CRI)Sabtu 18 Januari 2025

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbualan telefon dengan Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat.

Xi mengucapkan tahniah kepada Trump atas pemilihan semula sebagai Presiden AS, dan menzahirkan harapan agar hubungan China-AS dapat mempunyai satu permulaan yang baik dalam tempoh pentadbiran Trump serta menggerakkan hubungan dua negara mencapai kemajuan lebih besar.

China dan AS berkongsi kepentingan bersama dan ruang kerjasama yang luas, kata Xi sambil menambah bahawa kedua-dua negara boleh menjadi rakan kongsi, menyumbang kepada kejayaan satu sama lain dan menikmati kemakmuran bersama, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh dunia.

Beliau menyeru kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama dan menjayakan lebih banyak perkara praktikal yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan dunia berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung.

Diharapkan bahawa China dan AS yang diibaratkan sebagai dua kapal gergasi dapat membelah ombak dan terus bergerak mengikut haluan yang sihat dan mampan, ujar beliau.

Sementara itu, Trump menyatakan terima kasih atas ucapan tahniah Xi, sambil berkata beliau amat menghargai hubungan baik dengan Xi, dan berharap untuk terus mengekalkan dialog dan komunikasi serta menantikan pertemuan bersama Xi seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan