欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

570 Syarikat China Catat Peruntukan Paling Tinggi kepada R&D

(CRI)Rabu 22 Januari 2025

China sekali lagi mencipta pencapaian yang membanggakan apabila lebih 570 buah perusahaan industri negara ini tersenarai dalam 2,500 syarikat global yang mencatat peruntukan paling tinggi kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Perkara itu diumumkan Naib Menteri Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) Zhang Yunming dalam sidang akhbar mengenai pencapaian pembangunan berkualiti ekonomi China pada Selasa.

Beliau berkata kini terdapat sebanyak 463,000 perusahaan berteknologi tinggi di seluruh negara, manakala perusahaan sama yang berskala besar merekodkan kira-kira 169,000 buah.

Menurut Zhang, lima pusat inovasi industri perkilangan peringkat negara telah ditubuhkan sepanjang tahun lalu yang merangkumi sektor penyimpanan tenaga baharu, pembuatan mikro nano, ubat-ubatan molekul, robot humanoid dan robot pintar.

Sementara itu, platform ujian skala perintis (pilot-scale testing) dalam industri perkilangan melebihi 2,400 dan lebih 150,000 syarikat industri berskala besar telah menjalankan ujian berkenaan.

Video

Berita Berkaitan