欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

AS Tiada Hak Campur Tangan: MFA

(CRI)Jumaat 24 Januari 2025

Amerika Syarikat (AS) bukan pihak terlibat dalam isu Laut China Selatan, justeru tiada hak untuk mencampuri isu maritim antara China dan Filipina.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Mao Ning pada Khamis sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Negara AS Marco Antonio Rubio mengenai isu Laut China Selatan.

Dilaporkan, Rubio mengulangi janji AS untuk menjaga keselamatan Filipina serta menuduh kegiatan China di Laut China Selatan ketika mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo pada Rabu.

Sehubungan itu, Mao menyatakan bahawa aktiviti China di perairan berkenaan adalah munasabah, sah dan tidak boleh dipertikaikan.

"Kerjasama ketenteraan antara AS dan Filipina tidak sepatutnya menjejaskan kedaulatan dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan, mahupun menjadi alasan bagi menyokong tuntutan haram Filipina.

"China akan terus melakukan tindakan yang perlu untuk melindungi kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan," kata Mao.

Video

Berita Berkaitan