欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pelancongan China Gamit Minat Pengunjung Global

(CRI)Jumaat 24 Januari 2025

Gerai pameran promosi budaya dan pelancongan China menjadi tumpuan ramai pengunjung sempena Pameran Pelancongan Antarabangsa Madrid 2025 yang membuka tirainya di Madrid, pada Selasa.

Didorong oleh dasar pengecualian visa yang ditawarkan kerajaan China bagi memudahkan pengembara asing, pakej pelancongan ke China menarik perhatian dan minat para pengunjung pameran kali ini.

Duta Besar China ke Sepanyol, Yao Jing berkata, China telah mengambil siri langkah bagi memudahkan pelancong asing semasa mengunjungi negara Tembok Besar.

Yao menyatakan bahawa "Tahun Baharu Cina (TBC), praktis masyarakat rakyat China untuk meraikan Tahun Baharu tradisional" dikategorikan dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO pada Dis lalu.

Selain memperkenalkan tradisi dan adat resam rakyat China meraikan TBC, Yao juga mengeluarkan undang kepada rakyat asing untuk datang ke China bagi merasai aura kemeriahan TBC di sana.

Selaku salah satu pameran pelancongan yang paling berprestij di peringkat global, Pameran Pelancongan Antarabangsa Madrid edisi ini berlangsung mulai 22 hingga 26 Januari, dan dijangka menyaksikan kehadiran seramai lebih 250,000 pelawat.

Video

Berita Berkaitan