欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tinjauan CGTN: Amalan Hegemoni AS Undang Kritikan

(CRI)Khamis 06 Februari 2025

Amalan hegemoni Amerika Syarikat (AS) terpapar lagi apabila negara itu menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia turut menjadikan masyarakat antarabangsa kembali memberi perhatian kepada masalah hak asasi manusia di AS.

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 7,671 responden dari 38 buah negara yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Universiti Renmin China (RUC) menunjukkan 86.8 peratus responden menganggap wujudnya masalah keganasan senjata api yang serius di AS.

Sementara itu, sebanyak 72.3 peratus responden berpendapat AS mempunyai masalah diskriminasi ras secara sistemik.

Di mata kerajaan baharu AS, isu hak asasi antarabangsa hanyalah alat untuk mengekalkan hegemoninya di peringkat global dan sebarang pertubuhan antarabangsa yang tidak sejajar dengan kepentingan AS boleh ditinggalkan begitu sahaja.

Menurut hasil tinjauan itu, 72.5 peratus responden melihat AS sebagai sebuah negara yang angkuh dan suka mendominasi manakala 81.4 peratus melahirkan rasa kecewa terhadap keengganan AS untuk memikul tanggungjawab selaku kuasa besar.

Selain itu, 85.2 peratus responden menganggap amalan AS seumpama menjejaskan order antarabangsa multilateral yang berteraskan PBB.

Video

Berita Berkaitan