欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Saintis China Terima Anugerah Tertinggi Bidang Perubatan Klinikal Strok Antarabangsa

(CRI)Jumaat 07 Februari 2025

Profesor Wang Yongjun dari Hospital Tiantan Beijing menerima anugerah tertinggi dalam bidang perubatan klinikal strok antarabangsa iaitu William M. Feinberg Stroke Award, pada Persidangan Strok Antarabangsa (ISC) 2025 yang diadakan di Los Angeles pada Rabu waktu tempatan.

Lebih istimewa lagi, ini merupakan kali pertama saintis dari Asia memenangi anugerah tersebut sejak William M. Feinberg Stroke Award ditubuhkan 34 tahun dahulu.

Wang Yongjun yang merupakan Presiden Hospital Tiantan Beijing dan Presiden Persatuan Strok China berkata, penyelidikan klinikal tidak bergantung kepada seorang individu, sebaliknya ia adalah kerja satu pasukan.

"Di China kami telah menubuhkan rangkaian penyelidikan klinikal melibatkan kira-kira 2,400 hospital. Hospital-hospital ini perlu mempunyai taraf yang baik untuk menjalankan penyelidikan yang berkualiti," kata Wang Yongjun.

Ujarnya lagi, anugerah tersebut mencerminkan bahawa China mempunyai taraf dan pencapaian yang tinggi dalam bidang tersebut di arena antarabangsa.

Untuk rekod, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pasukan saintis dari Hospital Tiantan Beijing telah menyelesaikan lebih 50 penyelidikan klinikal peringkat kebangsaan, dengan 14 daripadanya telah dipopularkan ke luar negara untuk pencegahan dan rawatan strok di peringkat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan