欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Guangzhou Cari Rakan Kongsi dari Seluruh Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 10 Februari 2025

Pusat Sukan Tianhe, Guangzhou. (Xinhua/Liu Dawei)

Pusat Sukan Tianhe, Guangzhou. (Xinhua/Liu Dawei)

Pihak berkuasa Guangzhou telah memperkenalkan pelan terbarunya yang bertujuan mencari rakan kongsi pembangunan bandar dari seluruh dunia.

Dilancarkan secara rasmi pada 8 Februari, program itu menawarkan empat kategori iaitu rakan kongsi strategik, rakan kongsi super, perancang bandar bervisi dan duta penggalakan bandar. Selain daripada gergasi antarabangsa, penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana turut dialu-alukan.

Memetik Zhu Xiaoyi, timbalan ketua setiausaha kerajaan bandar Guangzhou, pelan itu memfokuskan aspek-aspek utama pembinaan jenama dan pembangunan perindustrian. Kombinasi organik diyakini akan tercapai membabitkan koordinasi badan pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan pengaruh sosial secara profesional, pembangunan pasaran dan komunikasi jenama, serta sumber bandar dan penarikan pelaburan.

Syarikat, institusi mahupun individu yang sesuai dengan strategi perindustrian Guangzhou, yang juga dapat membawa pelbagai sumber yang menyokong pembangunan berkualiti Guangzhou, akan direkrut.

Dengan sokongan pelan tersebut, Guangzhou telah melaksanakan konsep pengurusan bandar yang bersifat holistik. Melalui pameran, persidangan, aktiviti publisiti awam, strategi bekalan berorientasikan pasaran serta pelaksanaan perkhidmatan awam yang inovatif, Guangzhou telah mengurangkan kos pengurusan bandar, malah mempercepat pembangunan sebuah model baharu kerjasama sumber dan pelaburan dengan formula “pasaran + sumber + senario penggunaan”.

Difahamkan, pelbagai kempen turut dilancarkan di dalam dan luar negara untuk mencari mana-mana komuniti bervisi serupa yang berminat untuk menyokong, menanam pelaburan dan menyumbang kepada pembangunan bandar Guangzhou.

Video

Berita Berkaitan