欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Rakyat Palestin Tiada Hak Kembali ke Gaza - Trump

(CRI)Selasa 11 Februari 2025

Rakyat Palestin tiada hak untuk kembali ke Gaza di bawah rancangan pengambilalihan oleh Amerika Syarikat (AS), yang berhasrat melakukan pembangunan semula terhadap kawasan tersebut.

Presiden Donald Trump ketika ditemu bual media tempatan pada Isnin berkata rancangannya adalah AS 'memiliki' Gaza dan pada masa sama beliau akan menyediakan penempatan kekal untuk rakyat Palestin di luar Gaza.

Beliau menyifatkan rancangan itu sebagai satu program pembangunan hartanah masa depan dan beliau yakin boleh memujuk Mesir dan Jordan untuk menyokong rancangannya.

Pada 4 Februari Trump meluahkan hasrat supaya AS 'mengambil alih' Gaza dan penduduk Palestin ditempatkan di negara-negara lain.

Bagaimanapun kenyataannya itu mengundang kecaman masyarakat antarabangsa, yang berpendapat proses damai dan pembangunan semula di Gaza perlu dijalankan berdasarkan 'penyelesaian dua negara'.

Video

Berita Berkaitan