欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Penerokaan Bulan China Capai Kemajuan Sistematik

Ketua pereka bentuk program penerokaan bulan China, Wu Weiren menyifatkan program itu sebagai telah mencapai kemajuan sistematik di dalam penyelidikan saintifik, inovasi teknologi, pembangunan kejuruteraan dan kolaborasi antarabangsa dalam dua dekad yang lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut beliau, program penerokaan bulan China telah menghasilkan banyak data berkaitan alam sekitar dan geologi, menemukan elemen-elemen, mineral dan fenomena baharu, yang sekali gus memperkaya pengetahuan manusia terhadap bulan.

Wu menyatakan bahawa China bukan sahaja mencapai penemuan baharu dalam teras teknologi aeroangkasa, tetapi juga berjaya mewujudkan sistem projek penerokaan bulan yang unik, serta membentuk sistem infrastruktur yang secara relatifnya lengkap.

“Tambahan lagi, negara ini telah secara aktif mempromosi kolaborasi antarabangsa menerusi perkongsian data dan inisiatif penyelidikan bersama, yang secara tidak langsung memajukan usaha penerokaan bulan global dengan lebih signifikan,” ujar beliau.

Melihat ke hadapan, Wu berkata bahawa China merancang untuk melancarkan misi Chang’e-7 sekitar tahun depan untuk menerokai alam sekitar dan sumber di kutub selatan bulan. Manakala, misi Chang’e-8 yang bakal dilancarkan pada 2028 pula akan mengadakan eksperimen untuk memanfaatkan di-situ sumber bulan.

Beliau turut menambah bahawa sainstis kini sedang membangunkan peranti yang dikuasakan solar yang mampu mencairkan tanah bulan pada suhu sekitar 1,400 hingga 1,500 darjah Celsius untuk menghasilkan ‘konkrit bulan’ menerusi cetakan 3D, iaitu salah satu langkah penting ke arah membina stesyen penyelidikan bulan pada masa depan.

Wu berkata demikian ketika diwawancara Xinhua semasa acara pembukaan pameran tentang program penerokaan bulan di China pada Selasa di Muzium China. Difahamkan, sampel bulan yang dikumpul oleh misi Chang’e-5 dan 6 telah dipamerkan semasa berlangsungnya pameran itu.

Katanya, China akan terus menjadikan lebih banyak sampel lunar untuk digunakan secara awam dalam penyelidikan saintifik global, dan memupuk penemuan baharu yang memanfaatkan umat manusia.

Video

Berita Berkaitan