欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucapkan Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Laos

(CRI)Jumaat 04 April 2025

Presiden China Xi Jinping pada Rabu mengucapkan takziah kepada rakan sejawatnya dari Laos Thongloun Sisoulith untuk menyampaikan rasa dukacita atas pemergian bekas Presiden Laos Khamtay Siphandone.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengucapkan takziah kepada Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP), kerajaan dan rakyat Laos atas pemergian Khamtay Siphandone, dan menyatakan simpati kepada keluarganya bagi pihak PKC, kerajaan dan rakyat China, dan atas namanya sendiri.

Xi menyatakan bahawa Mendiang berkhidmat seumur hidup untuk pembaharuan dan pembangunan negara sosialis di Laos dan pernah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan hubungan PKC-LPRP dan kedua-dua negara.

Xi menyatakan bahawa China yang sangat mementingkan persahabatan tradisional antara kedua-dua parti pemerintah dan kedua-dua negara, bersedia bersama dengan Laos untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos serta terus memangkin agenda perjuangan yang bercirikan negara sosialis.

Xi berharap semoga dengan pimpinan LPRP yang diketuai Thongloun Sisoulith, Laos mencapai kejayaan lebih besar secara terus-menerus dalam pembangunan domestiknya.

Video

Berita Berkaitan