欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sedia Mantapkan Kerjasama Perdagangan dengan ASEAN

(CRI)Khamis 10 April 2025

Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbincangan secara maya dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai kerjasama perdagangan China-Malaysia serta China-ASEAN, tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya.

Wang berkata tindakan AS melaksanakan tarif timbal balik merupakan amalan buli sepihak yang tipikal.

Ia bukan sahaja merosakkan kepentingan AS sendiri, tetapi juga mengancam pembangunan ekonomi serta kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global selain menjejaskan sistem perdagangan antarabangsa.

Beliau menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan semua rakan dagang termasuk ASEAN, menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan perundingan secara sama rata, serta mempertahankan sistem perdagangan multilateral.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pihaknya bersedia bersama dengan China untuk menyokong multilateralisme serta pembangunan perdagangan global.

Menurut beliau, Malaysia akan berbincang dengan negara ASEAN lain berhubung isu tarif AS.

Video

Berita Berkaitan