欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Saluran Eksport Durian Malaysia ke China Alami Ledakan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 19 April 2025

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, durian Malaysia semakin meningkat popularitinya di China. Daripada asalnya hanya isi durian yang dieksport ke China, kepada eksport buah durian sebiji yang disejuk beku dengan nitrogen cecair pada 2019, dan kini eksport buah durian segar pula, kemajuan besar telah disaksikan dalam pengeksportan durian Malaysia ke China.

Baru-baru ini, wartawan People’s Daily Online telah melawat ke kebun durian milik DSR Taiko Berhad di Pahang, untuk melihat bagaimana durian segar sekali dengan produk-produk berasaskan durian seperti kopi durian dan teh susu durian, sampai ke meja makan rakyat China.

Encik Ajmain Kasim, pengarah teknikal syarikat tersebut, menjelaskan bahawa pihaknya memfokuskan pasaran global, terutamanya pasaran berskala raksasa di China. DSR Taiko Berhad akan terus menyertai pameran perdagangan di China termasuk Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) untuk mencari peluang kerjasama.

Video

Berita Berkaitan