欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pelabuhan Alashankou Kendalikan Lebih 3,000 Kereta Api Kargo China-Eropah

Foto sudut udara yang diambil pada 17 Mei 2024 memperlihatkan Pelabuhan Alashankou di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Xinhua)

Foto sudut udara yang diambil pada 17 Mei 2024 memperlihatkan Pelabuhan Alashankou di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Xinhua)

Setakat hari Isnin, Pelabuhan Alashankou di Wilayah Autonomi Uygur Xinijang telah mengendalikan lebih 3,000 perjalanan kereta api kargo China-Eropah (Asia Tengah) pada tahun ini, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan pihak berkuasa kereta api tersebut, angka tersebut sekali gus memberikan lonjakan signifikan terhadap kestabilan dan kelancaran operasi rantai bekalan dan industri global.

Lapor Xinhua, Alashankou merupakan hab penting yang menghubungkan China dengan Asia Tengah dan Eropah. Ketika ini, 123 laluan kereta api kargo China-Eropah (Asia Tengah) beroperasi melalui Pelabuhan Alashankou, menghubungkan 21 negara termasuk Jerman dan Poland.

Kereta api tersebut menghantar lebih daripada 200 kategori barang, termasuk daripada kenderaan tenaga baharu dan peralatan mekanikal kepada barangan gunaan harian dan elektronik.

“Kami mengoperasikan ‘laluan hijau’ 24 jam sehari untuk memastikan operasi kereta api kargo China-Eropah yang lancar,” kata Yang Peng, seorang petugas di stesen kereta api Alashankou.

“Pada tahun ini, stesen tersebut telah mengendalilkan secara puratanya lebih 21 perjalanan kereta api kargo China-Eropah sehari, dengan kemuncah sehingga 30 perjalanan sehari,” tambah beliau.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, pihak berkuasa kereta api Xinjiang telah memperbaik kapasiti logistik pelabuhan secara konsisten, dengan wilayah itu kini mengendalikan lebih 50 peratus volum kereta api kargo China-Eropah secara keseluruhannya.

Pada 2024 sahaja, pelabuhan Horgos dan Alashankou di wilayah itu mengendalikan 16,400 perjalanan kereta api kargo China-Eropah, menyaksikan peningkatan 14 peratus dari tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan