欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kenyataan AS tentang ?"Ancaman Ketenteraan China", Cerminan Hegemoni dan Pembulian

(CRI)Isnin 02 Jun 2025

China membidas kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth yang melaga-lagakan "ancaman ketenteraan China" dalam Dialog Shangri-La ke-22, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang pada Ahad.

Zhang menyifatkan kenyataan pegawai kanan AS tersebut sebagai penuh dengan logik hegemoni, amalan pembulian dan mentaliti Perang Dingin.

"Kenyataan itu mencabulkan dengan serius kedaulatan dan kepentingan China, memutarbelitkan dasar dan cadangan China, mengabaikan usaha bersama negara-negara serantau yang bekerjasama untuk mengekalkan kemakmuran dan kestabilan, bertentangan dengan aspirasi bersama negara-negara di seluruh dunia untuk mewujudkan keamanan dan pembangunan.

"Kami (China) muak dengan kenyataan itu dan meluahkan bantahan yang tegas," kata jurucakap itu. 

Zhang menyifatkan isu Taiwan sebagai urusan dalaman China, dan AS tidak berhak untuk membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab terhadap isu tersebut, apalagi cuba menggunakannya sebagai taruhan politik untuk mengekang pembangunan China.  

"Laut China Selatan diiktiraf sebagai salah satu laluan perkapalan paling sibuk dan paling selamat di peringkat antarabangsa.

"China akan terus mengatasi perselisihan melalui dialog dan rundingan dengan negara-negara yang berkaitan.

"AS yang sentiasa meruncingkan situasi di Laut China Selatan barulah adalah ancaman terbesar kepada keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.

Video

Berita Berkaitan