欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Dasar Mengenai Sungai Yangtze Bantu Bekas Nelayan Terokai Perniagaan Baharu di Anhui

Menjelang bermulanya musim kemuncak perjalanan sempena cuti panjang Hari Buruh baru-baru ini, Chen Lanxiang, ketua syarikat perkhidmatan oekerja di Ma’anshan, Provinsi Anhui di timur China, telah mengatur lawatan berkumpulan yang terdiri daripada beberapa bekas nelayan untuk ke Yangzhou, di Provinsi Jiangsu.

Sekeping gambar yang menunjukkan Chen Lanxiang dan suaminya, Zhang Zhouhua pada enam tahun lalu di Ma’anshan, Provinsi Anhui, di timur China. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Sekeping gambar yang menunjukkan Chen Lanxiang dan suaminya, Zhang Zhouhua pada enam tahun lalu di Ma’anshan, Provinsi Anhui, di timur China. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

“Ini merupakan lawatan kumpulan pertama bagi bekas nelayan kami sejak berdekad-dekad, dan semua orang menikmati detik yang indah,” ujar Chen.

Dia merenung semula perubahan dramatik sejak dia tidak lagi menjadi nelayan pada 2019 susulan daripada program kerajaan untuk melindungi Sungai Yangtze.

“Tanpa bantuan kerajaan untuk mentransformasi nelayan, kami tidak mampu untuk bergerak, menjadikan kehidupan lebih sukar,” ujar wanita itu.

Terletak di pesisir timur Sungai Yangtze di Ma’anshan, Xuejiawa suatu ketika dahulu pernah mempunyai lebih daripada 200 bot nelayan dan lebih 50 keluarga nelayan. Namun, persekitaran ekologi terjejas berikutan kumbahan domestik terus menuju ke sungai dan sampah dibuang ke kawasan itu.

Selepas bergelar isteri kepada seorang nelayan, Zhang Zhouhua pada 1995, Chen telah menghabiskan lebih 20 tahun hidup di atas bot, bergantung sepenuhnya kepada aktiviti perikanan sebagai mata pencarian. Namun, stok ikan menyusut saban tahun, menyaksikan pendapatan turut sama menguncup.

Titik perubahan berlaku pada 2019 apabila Ma’anshan dipilih sebagai tapak perintis untuk program kebangsaan, yang menyaksikan nelayan akan dipindahkan daripada Sungai Yangtze dan cawangan-cawangan sungai itu, serta membantu mereka mencari pekerjaan alternatif.

Keluarga Chen menjual lima bot nelayan pada 20 Mei 2019. Kurang daripada tiga bulan, seramai 10,757 nelayan di Ma’anshan meninggalkan pukat masing-masing dan beralih kepada peluang baharu, sekali gus melengkapkan proses tersebut dalam tempoh setahun setengah lebih awal berbanding garis masa kebangsaan yang ditetapkan.

Mendapat manfaat daripada dasar meninggalkan aktiviti perikanan, keluarga Chen menerima subsidi lebih daripada RMB 200,000 (AS$ 28,000) dan berpindah ke pangsapuri dua bilik berkeluasan 100 meter persegi. Pihak kerajaan turut melanggan insurans pencen asas untuk mereka. Tidak lama selepas itu, suaminya turut menyertai pasukan peronda laluan air, dan menerima pendapatan sebanyak RMB 3,000 sebulan.

Chen Lanxiang (tengah) sedang berbual-bual dengan pekerja di syarikat perkhidmatan pekerja miliknya di Ma’anshan, Provinsi Anhui, di timur China. (Xinhua/Zhou Mu)

Chen Lanxiang (tengah) sedang berbual-bual dengan pekerja di syarikat perkhidmatan pekerja miliknya di Ma’anshan, Provinsi Anhui, di timur China. (Xinhua/Zhou Mu)

Selepas tidak lagi berkecimpung di lautan, Chen kekal aktif dengan menyertai latihan kerja, dan ketika itu dia terlintas untuk memulakan syarikat perkhidmatan pekerja. Meskipun keluarganya agak meragui perancangan itu pada mulanya, namun dia gigih untuk memastikan idea itu berjaya.

Pada 20 Disember 2020, dengan sokongan kerajaan tempatan, Chen telah melancarkan syarikat itu, dengan membawa masuk lapan bekas nelayan sebagai pemegang saham.

Mengimbas kembali kontrak pertamanya pada 2021 iaitu kerja membersihkan untuk sebuah pasar tempatan, Chen berkata bahawa pada waktu itu dia tahu untuk membuat draf kontrak mahupun mengendalikan belanjawan.

Justeru, dia mendapatkan nasihat daripada ahli profesional dan perlahan-lahan mempelajari cara untuk mengoperasikan perniagaan.

Berkat usahanya, syarikat itu terus berkembang, memperoleh reputasi yang kukuh dan menjadi menguntungkan pada tahun kedua.

Syarikat itu telah berkembang daripada enam pekerja pada mulanya sehingga mempunyai 75 orang hari ini. Jumlah perniagaannya terus meningkat, dengan hasil meningkat dua kali ganda daripada RMB 1.6 juta pada 2021 kepada RMB 3.2 juta pada 2024.

Pemandangan Sungai Yangtze di zon pembangunan perindustrian berteknologi tinggi Cihu di Ma'anshan, Provinsi Anhui, di timur China. (Foto oleh Zhang Mingwei)

Pemandangan Sungai Yangtze di zon pembangunan perindustrian berteknologi tinggi Cihu di Ma'anshan, Provinsi Anhui, di timur China. (Foto oleh Zhang Mingwei)

Sejak 2022, Chen telah mengagihkan dividen tahunan yang berjumlah RMB 680,000 untuk semua pemegang saham pada tahun ini.

Chen menyertai Parti Komunis China pada tahun 2023. Sebagai ahli Parti dan bekas nelayan, dia secara aktif mempromosikan manfaat inisiatif perlindungan alam sekitar Sungai Yangtze, serta turut berkongsi kisahnya sendiri untuk menggalakkan individu lain agar menyokong dan melindungi sungai.

Lantaran daripada usaha gigihnya, dia telah dipilih sebagai timbalan kepada Kongres Rakyat Perbandaran Ma'anshan dan membuat cadangan pertamanya mengenai perlindungan alam sekitar.

Suami Chen, bekas nelayan mahir, telah bekerja dengan pasukan peronda laluan air tempatan selama lebih lima tahun. Dia membuat rondaan lebih 10 kilometer sungai setiap hari, membersihkan tepi sungai dan memantau penguatkuasaan larangan menangkap ikan.

Selain mengambil pekerja yang terdiri daripada bekas nelayan, Chen juga menubuhkan ‘Rumah Nelayan’, mendedikasikan 9 peratus daripada keuntungan tahunan syarikatnya kepada dana rizab yang membantu bekas nelayan mengatasi cabaran hidup yang besar.

“Kami bekas nelayan adalah saksi kepada inisiatif perlindungan alam sekitar Sungai Yangtze dan penerima manfaat daripada dasar meninggalkan aktiviti perikanan. Kami juga harus menjadi aktif dalam melindungi Sungai Yangtze,” kata Chen.

Video

Berita Berkaitan