欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Guangdong Perdalam Hubungan dengan ASEAN, Rakan Dagang Terbesarnya

Satu persidangan pertukaran untuk mempromosi kerjasama rantai bekalan dan perdagangan China (Guangdong)-ASEAN telah diadakan di Guangzhou pada Selasa, dengan tujuan untuk membina platform pemadanan perniagaan dan dialog.

Memetik statistik keluaran Sub-Pentadbiran Guangdong di bawah Pentadbiran Am Kastam China (GACC), ASEAN telah menjadi rakan perdagangan utama Guangdong selama bertahun-tahun.

Pada 2024, volum import dan eksport perdagangan asing tahunan Guangdong telah melepasi angka RMB9 trilion buat julung-julung kalinya, sekali gus menjadikan ASEAN sebagai rakan dagang terbesar Guangdong.

Pada masa sama, ASEAN bukan sahaja destinasi utama bagi eksport China, tetapi juga pasaran luar negara terbesar bagi produk buatan Guangdong.

Buah durian Malaysia, manggis Thailand, dan markisah Vietnam telah berada di jutaan rumah di Kawasan Teluk Besar (GBA). Selain itu, kenderaan elektronik (EV) dari Guangdong juga dapat dilihat merata-rata sekitar jalan raya Thailand, manakala projek tenaga solar telah berakar-umbi di Vietnam.

Menurut data yang dikeluarkan pihak kastam, perdagangan Guangdong dengan ASEAN kekal rancak untuk empat bulan pertama 2025. Dari Januari hingga April, jumlah import dan eksport antara Guangdong dan ASEAN telah mencapai RMB488.57 bilion, menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 7.5 peratus, dan mencakupi sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah perdagangan asing keseluruhan provinsi itu.

Dalam tempoh itu, Guangdong telah mengeksport produk elektrik dan mekanikal yang bernilai RMB174.3 bilion ke ASEAN, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 24.5 peratus, sekali gus mewakili 61.4 peratus daripada eksport keseluruhannya.

Difahamkan, segmen pertumbuhan tinggi yang ketara adalah termasuk EV, produk fotovolta, dan peralatan pemprosesan data automatik.

Untuk rekod, antara rakan dagang ASEAN individual lima teratas Guangdong dari tempoh Januari hingga April 2025 adalah Vietnam, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Video

Berita Berkaitan