欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sedia Tingkat Kerjasama dengan Eropah - kata PM Li Qiang

(CRI)Jumaat 13 Jun 2025

Perdana Menteri China, Li Qiang mengadakan pertemuan dengan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde di Dewan Besar Rakyat Beijing pada petang Khamis.

Li Qiang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China dan Kesatuan Eropah (EU).

Beliau berkata bahawa Presiden China Xi Jinping bertukar ucapan tahniah dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada bulan lalu, memberi bimbingan strategik bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan hubungan rakan kongsi.

Li menekankan bahawa China bersedia berganding bahu dengan Eropah untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, meluaskan kerjasama pragmatik, bersama-sama mendorong pembangunan dan kemakmuran yang memanfaatkan satu sama lain, malah seluruh dunia.

Sementara itu Lagarde menyatakan pihaknya amat gembira melihat penubuhan mekanisme pertemuan gabenor bank pusat Eropah-China dan mesyuarat kali pertama diadakan.

Beliau menyatakan, ECB komited untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan institusi kewangan China, meluaskan kerjasama agar bersama-sama menghadapi cabaran global, serta menambah kestabilan dan kepastian ke dalam sistem kewangan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan