欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Kazakhstan Bersedia Perkasakan Kerjasama Bilateral

(CRI)Selasa 17 Jun 2025
China, Kazakhstan Bersedia Perkasakan Kerjasama Bilateral

Presiden China Xi Jinping berkata bahawa China bersedia bekerjasama dengan Kazakhstan untuk memberi sumbangan lebih banyak kepada keamanan dan pembangunan serantau, bahkan dunia dengan memanfaatkan kestabilan dan tenaga positif yang wujud dalam hubungan dua hala.

Xi membuat kenyataan tersebut ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Astana Kazakhstan pada Isnin.

Xi berkata, China sentiasa melihat hubungan dengan Kazakhstan dari segi strategi dan perspektif jangka panjang, dan bersedia bekerjasama dengan Kazakhstan untuk mengukuhkan persahabatan.

Xi Jinping menegaskan bahawa China dan Kazakhstan masing-masing berada pada fasa kritikal dalam pembangunan dan perkembangan negara, dan perlu berusaha untuk menggalakkan kerjasama dalam segala aspek.

"Perkembangan hubungan dua hala perlu berdasarkan rasa saling percaya dari segi strategi di peringkat kepimpinan, dan kedua-dua negara perlu terus saling menyokong dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras dan keperihatinan utama.

"Kedua-dua negara perlu memperkasakan kerjasama dua hala melalui pembinaan bersama yang berkualiti di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, selain meningkatkan kesalinghubungan, meneroka potensi dalam kerjasama teknologi canggih dan mendorong pembangunan mesra alam yang mampan.

"Kedua-dua negara perlu memperkasakan kerjasama dalam bidang keselamatan secara komprehensif untuk melindungi kedamaian dan kestabilan, selain memperdalam kerjasama dalam bidang pengurusan kecemasan serta pencegahan dan pengurangan bencana.

"Selain itu, kedua-dua negara perlu meningkatkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya yang pelbagai untuk memupuk silaturahim di kalangan rakyat," kata Xi.

Xi juga menambah, di sebalik situasi antarabangsa yang bergelut dalam pergolakan, China dan Kazakhstan perlu tampil melindungi sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan orde antarabangsa yang berdasarkan undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme yang sebenar bagi menjaga kepentingan bersama negara-negara membangun.

Tokayev pula berkata bahawa pihaknya bersedia bersama dengan China terus memupuk rasa saling percaya dari segi strategi, memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan dalam segala aspek bagi melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan penandatangan lebih 10 dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan bidang perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, kastam, pelancongan dan media.

Video

Berita Berkaitan