- Lain-lain
China, Kyrgyzstan Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
China bersedia bekerjasama dengan Kyrgyzstan untuk memperdalam penyelarasan strategi pembangunan dan saling menyokong secara teguh berkaitan isu yang melibatkan kepentingan dan keprihatinan masing-masing.
Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Kyrgyzstan, Sadyr Japarov di Astana hari ini.
Xi berkata kedua-dua pihak perlu memperluas skala perdagangan dan pelaburan serta memperdalam kerjasama kewangan, di samping mendorong pembinaan rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan secara berkualiti tinggi.
Kedua-dua negara juga hendaklah meneroka kerjasama melibatkan sektor baharu seperti tenaga bersih, perlombongan hijau dan kecerdasan buatan (AI), selain memperkasa pertukaran dalam bidang kebudayaan, pelancongan, pendidikan dan kesihatan serta melaksanakan lebih banyak projek yang membawa manfaat kepada rakyat.
Sementara itu, Japarov berkata Kyrgyzstan amat menghargai perkongsian strategik yang dijalin dengan China berlandaskan prinsip saling hormat, sama rata dan saling untung serta kejiranan baik.
Kyrgyzstan mengalu-alukan lebih banyak syarikat China untuk melabur dan memulakan perniagaan di negara itu, serta bersedia bekerjasama dengan China dalam melaksanakan projek seperti pembinaan rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan, di samping memperkasa kerjasama dalam bidang tenaga, perlombongan hijau dan sebagainya.
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Komited Perkukuh Usaha Sama BRI
- Presiden Kyrgyzstan Adakan Lawatan Rasmi ke China
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat
- Xi Bertemu Presiden Kyrgyzstan
- China, Kyrgyzstan Pergiat Kerjasama Segenap Aspek
- Hubungan China, Kyrgyzstan Terus Utuh menerusi Kerjasama: Xi