欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Semarakkan Semangat "China-Asia Tengah", Dorong Pembangunan Berkualiti Kolaborasi Serantau

(CRI)Rabu 18 Jun 2025
Semarakkan Semangat

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Semarakkan Semangat 'China-Asia Tengah', Dorong Pembangunan Berkualiti dalam Kolaborasi Serantau" pada Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Ke-2 di Istana Merdeka, di sini pada Selasa.

Menyentuh tentang matlamat membentuk komuniti berkongsi nasib antara China dengan Asia Tengah, Xi telah mengemukakan saranan dari lima aspek.

Pertama, China dan Asia Tengah diharap terus mempertahankan solidariti yang saling mempercayai dan menyokong, dan memuktamadkan perjanjian persahabatan untuk menyemarakkan semangat kejiranan dan kerjasama secara berkekalan.

Kedua, mengoptimumkan landskap kolaborasi melalui peningkatan kecekapan dan ketersambungan, dan memastikan kelancaran dan kelangsungan terjamin dalam perdagangan, pelaburan perindustrian, kesalinghubungan, perlombongan hijau, modenisasi pertanian dan mobiliti keanggotaan, dengan memanfaatkan "Tahun Pembangunan Berkualiti Kerjasama China-Asia Tengah" 2025-2026.

Ketiga, China bersedia menghulur bantuan semampunya kepada negara-negara Asia tengah dalam usaha membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan, dan memelihara keselamatan ruang siber serta biologi dalam senario serantau yang memperjuangkan matlamat keamanan yang kesentosaan.

Keempat, China akan memperhalusi pelaksaaan projek kerjasama dengan Asia Tengah dalam perlembagaan, parti politik, kaum wanita, belia, media dan kumpulan pemikir, di samping merancakkan pertukaran pengalaman dalam bidang tadbir urus negara.

Dan kelima, bersama-sama memelihara keadilan antarabangsa, menentang amalan hegemoni dan pembulian negara kuasa besar dalam bidang politik, mendorong multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum.

"China tidak akan berganjak daripada usaha memperluas keterbukaan, dan giat mendorong pelaksanaan agenda pemerkasaan negara secara menyeluruh dan pembangkitan nusa dan bangsa di tengah-tengah situasi antarabangsa yang penuh dengan perubahan pantas."

"Untuk itu, China bersedia bersama dengan negara Asia Tengah meningkatkan kualiti dalam kolaborasi, menebus persamaan demi kepentingan bersama, dan mewujudkan pembangunan bersama", kata Xi lagi.

Pada sidang kemuncak tersebut, Xi dan pemimpin dari negara Asia Tengah, iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan telah menandatangani Perisytiharan Astana, serta Perjanjian Persahabatan, Kejiranan dan Kerjasama secara Berkekalan.

Video

Berita Berkaitan