欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sedia Bekerjasama dengan Mesir Galakkan Rundingan Damai di Timur Tengah

(CRI)Khamis 19 Jun 2025

China bersedia bekerjasama dengan Mesir untuk memperkasakan komunikasi dan koordinasi menerusi platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggalakkan rundingan damai dan mewujudkan keamanan di kawasan Timur Tengah.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Badr Abdelatty pada Rabu.

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata bahawa Israel yang tidak mematuhi undang-undang dan norma antarabangsa menyebabkan ketegangan situasi di Timur Tengah secara tiba-tiba. China amat bimbang terhadap situasi semasa di sana yang mungkin tidak dapat terkawal.

"China sekali lagi menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik, terutamanya Israel, menguatkuasakan gencatan senjata dengan segera, meredakan ketegangan situasi dan mewujudkan syarat kembali ke landasan berdialog secara damai demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat di rantau tersebut.

"Mesir bersama dengan menteri luar dari 20 negara Arab dan Islam mengeluarkan kenyataan bersama baru-baru ini untuk mendesak gencatan senjata dan menyambung semula rundingan mengenai isu nuklear Iran bagi mewujudkan keamanan serantau yang berkekalan.

"China menyokong sepenuhnya terhadap langkah yang amat diperlukan dan tepat pada waktunya itu, yang bertujuan untuk meredakan ketegangan situasi semasa," kata Wang.

Wang juga menambah, masyarakat antarabangsa, terutamanya negara-negara serantau perlu mencapai konsensus dan mengambil tindakan yang bersepadu pada saat kritikal ini.

Badr Abdelatty pula berkata, situasi Timur Tengah sudah berada dalam masa kritikal, dan masyarakat antarabangsa amat bimbang terhadap rantau ini terjerumus dalam kancah pergolakan, sehingga membahayakan keselamatan pelbagai negara serantau.

"Serangan Israel terhadap Iran merupakan pengkhianatan terhadap undang-undang antarabangsa, dan Mesir mengecam tindakan tersebut dan menantikan isu nuklear Iran kembali ke landasan penyelesaian secara politik dengan secepat mungkin," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan