- Lain-lain
China Berikan Layanan Tarif Sifar kepada Semua Negara Paling Kurang Membangun
China memaklumkan secara rasmi kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa negaranya telah memberikan layanan tarif sifar untuk 100% produk yang tersenarai sebagai item percukaian dari semua negara yang paling kurang membangun (LDC) yang mempunyai hubungan diplomatik.
Demikian dinyatakan wakil China dalam siri mesyuarat pembangunan WTO di sini pada Rabu.
Wakil China itu juga menyatakan kesediaan untuk memberi layanan tarif sifar kepada 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik berhubung 100% produk yang tersenarai sebagai item percukaian, melalui perjanjian perkongsian ekonomi pembangunan bersama yang akan dimuktamadkan.
Wakil China menyatakan bahawa langkah-langkah terbabit akan menyediakan peluang pembangunan baharu dan momentum pertumbuhan baharu untuk kelompok LDC terutama yang di Afrika, sekaligus menyuntik kestabilan dan tenaga positif kepada perkembangan perdagangan global.
Di sebalik situasi perdagangan antarabangsa yang penuh dengan pergolakan pada masa ini, China menyeru anggota WTO yang tergolong sebagai negara maju atau negara membangun yang berkemampuan agar mengambil lebih banyak tindakan bersama dalam memelihara order ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang bebas dan terbuka, serta mendorong globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang terangkum dan universal.
Dalam siri mesyuarat yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun itu, wakil dari Kumpulan LDC dan Kumpulan Afrika di WTO berharap lebih banyak anggota WTO dapat mencontohi langkah China dengan meningkatkan ketepatan dalam menyediakan dasar keutamaan kepada entiti ekonomi membangun termasuk LDC, manakala memberi sokongan dalam pembinaan kapasiti serta bantuan dalam bentuk yang pelbagai. Dengan demikian, kelompok LDC barulah dapat meningkatkan peranannya dalam perdagangan global, yang dipercayai boleh menyumbang kepada pembangunan perdagangan antarabangsa yang inklusif dan lestari.
- Dasar Tarif AS Beri Impak Besar kepada Ekonomi Global
- Datuk Bandar Dari Serata Dunia Berdialog di Shanghai
- IMF Turunkan Ramalan Pertumbuhan Ekonomi Global kepada 2.8 Peratus
- China Sokong Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Main Peranan Penting dalam Tadbir Urus Global: PM Li
- Ekonomi ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan Dijangka Tumbuh Mampan
- Inisiatif Beijing Diketengah, Seru Percepat Pemulihan Ekonomi Dunia
- Pertumbuhan Ekonomi Global Semakin Pulih
- Kadar Pertumbuhan Ekonomi Dunia Diunjur Rekodkan 2.4 Peratus 2024: Laporan PBB
- China Terpilih Lagi Negara Eksekutif IMO
- China Komited Perkasa Kerjasama dengan Semua Negara