欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Berikrar Teruskan Subsidi Tukar Beli Barangan Pengguna

China mengulangi sokongannya terhadap program tukar beli barangan pengguna kebangsaan, sekali gus memberi jaminan untuk meneruskan dana bagi pemberian subsidi kerajaan bagi tahun 2025, lapor agensi berita Xinhua.

Program tersebut yang merupakan sebahagian penting bagi strategi China untuk merangsang penggunaan domestik, menggalakkan pengguna untuk menggantikan produk yang sudah lama seperti perkakasan rumah dan kenderaan, dengan model yang lebih cekap dan baharu.

Lapor Xinhua, kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RMB300 bilion (AS$41.84 bilion) dalam bon perbendaharaan untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan program tersebut pada tahun ini, yang menyaksikan angka itu meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Dua tranche daripada dana kerajaan pusat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RMB162 bilion telah dikeluarkan pada Januari dan April untuk memberi sokongan pelaksanaan separuh pertama, dengan peruntukan selanjutnya dirancang pada Julai dan Oktober bagi menampung suku ketiga dan keempat 2025.

Xinhua yang memetik Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan berkata bahawa ketika ini, sekitar separuh daripada belanjawan subsidi tahunan telah digunakan, seiringan dengan jangkaan yang telah ditetapkan.

Video

Berita Berkaitan