- Lain-lain
Wakil China Kecam Serangan AS terhadap Iran
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan kemudahan nuklear yang dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Menurut Fu, serangan AS terhadap tiga fasiliti nuklear utama Iran di Fordo, Natanz dan Isfahan telah melanggar prinsip asas Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, menceroboh kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah Iran, sekali gus menambah ketegangan di rantau Asia Barat dan memberikan tempias teruk kepada sistem pengawalan nuklear antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi terbuka tergempar Majlis Keselamtan PBB yang diadakan di New York, pada Ahad.
Fu Cong berkata, China menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Asia Barat.
"Pihak-pihak terlibat, terutamanya Israel perlu menghentikan tindakan ketenteraan untuk mengelakkan situasi menjadi lebih meruncing atau peperangan merebak ke luar rantau berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa saluran diplomatik bagi penyelesaian isu nuklear Iran masih belum digunakan sepenuhnya, manakala penyelesaian secara damai masih ada kemungkinan.
Beliau menekankan, China bersedia berusaha bersama masyarakat antarabangsa, bersinergi dan mengangkat keadilan demi pemulihan kedamaian dan kestabilan di Asia Barat.
- Beberapa Pemimpin Houthi Dibunuh dalam Serangan Udara AS
- Serangan Israel di Kem Pelarian Jenin, Lebih 20,000 Terjejas
- Serangan Israel terhadap Pasukan Tentera PBB Adalah Jenayah Perang, Kata Ketua PBB
- 492 Maut, 1,645 Cedera Serangan Udara Israel di Lubnan
- Serangan Baharu Israel Bunuh 16 Rakyat Palestin
- Serangan Israel Akibat Kematian Teruk di Lubnan
- Tentera Thailand Diserang, Dua Maut
- China Kutuk Keras Serangan Pengganas di Moscow
- 60 Maut Serangan Pengganas di Moscow
- Tentera Pakistan Tembak Mati Tujuh Anggota Militan