欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Forum Davos Musim Panas ke-16 Dirasmikan di Tianjin Hari Ini

(CRI)Selasa 24 Jun 2025

Perdana Menteri China, Li Qiang dijadual menghadiri Forum Davos Musim Panas ke-16 yang berlangsung di Tianjin bermula hari ini hingga esok.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin berkata, forum tersebut berlangsung dengan jayanya dalam 15 edisi sebelum ini dan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan pertukaran antara China dengan negara-negara luar serta mempromosikan kerjasama pragmatik.

Katanya, ketika ini pertumbuhan ekonomi global adalah lemah, manakala amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan semakin meningkat, yang telah memberi kesan serius terhadap perdagangan pelbagai hala.

Beliau berkata, berdasarkan konteks tersebut, bilangan tetamu yang mendaftar untuk forum kali ini mencapai rekod tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Ini sekali lagi membuktikan hasrat bersama pelbagai pihak untuk mempertahankan globalisasi ekonomi dan sistem perdagangan bebas, serta sikap positif mereka untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China."

"Kami berharap dapat bersama-sama para tetamu dari pelbagai negara yang hadir, menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian ke dalam ekonomi global," kata Guo.

Video

Berita Berkaitan