欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Thailand Bakal Perketat Kawalan Sempadan dengan Kemboja

(CRI)Selasa 24 Jun 2025

Perdana Menteri Thailand, Phethongtann pada Isnin mengumumkan bahawa pihaknya akan memperketat kawalan sempadan dengan Kemboja untuk meningkatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Phethongtann berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri.

Ujarnya, kerajaan Thailand akan memperkuat kawalan sempadan dengan Kemboja, termasuk mengehadkan waktu operasi di tujuh pusat pemeriksaan sempadan serta melarang kenderaan dan individu melintasi sempadan tanpa keperluan penting.

Selain itu, beliau juga menyatakan pihaknya akan meningkatkan pemantauan terhadap sistem kewangan yang berkaitan dengan rangkaian penipuan telekomunikasi rentas sempadan, serta memutuskan sambungan rangkaian dan kabel optik dasar laut yang melibatkan tentera dan agensi kerajaan Kemboja.

Beliau berkata, Thailand juga akan menghentikan eksport elektrik, bahan api dan bahan penting lain ke kawasan yang dikenalpasti terlibat dalam jenayah rentas sempadan, di samping menyemak semula eksport bahan api ke Kemboja untuk mencegah penyalahgunaan bagi tujuan haram.

Menurut laporan media tempatan, pihak tentera Thailand yang menguruskan kawasan sempadan Thailand-Kemboja, iaitu Markas Tentera Darat dan Markas Sempadan Tentera Laut mengeluarkan kenyataan pada Isnin malam, bahawa langkah kawalan keluar-masuk akan diperketatkan, hanya membenarkan kemasukan dan keluar atas tujuan kemanusiaan seperti rawatan perubatan, keperluan pendidikan atau pembelian barang keperluan harian.

Video

Berita Berkaitan