欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Gunung Huoyan, Jalan Ditempuh dalam Journey to the West

Gunung Huoyan, atau dikenali sebagai Gunung Merah dalam bahasa Uyghur digelar sebagai "Gunung Api Menyala" dalam Shanhaijing, iaitu Kisah Klasik Pergunung dan Lautan. Setiap kali tibanya musim panas, gunung yang kemerah-merahan berkilauan di bawah sinaran mentari nan terik. Arus udara yang panas terus naik seumpama api yang menyala. Arakian, diberilah ia nama "Gunung Api".

Dalam novel klasik China Journey to the West, sami pendata Tang Sanzang pernah tersekat di Gunung Huoyan, dan diselamatkan oleh Sun Wukong dengan kipas ajaib yang dipinjamnya. Di sinilah cerita itu berlaku.

Disebabkan ciri-ciri geologi dan persekitaran yang unik, suhu di Gunung Huoyan mudah meningkat, dan menjadikannya tempat paling panas di China. Pada musim panas, suhu tempatan akan mencecah 49.8℃ dan suhu permukaan akan mencecah 89℃. Jika ditanam telur ke dalam pasir, telur itu akan menjadi masak selepas 40 minit. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa inilah "Oasis Panas".

Mulai tahun 2003, bahagian tengah kawasan pergunungan itu yang menyajikan pemandangan paling menakjubkan dibuka kepada orang ramai. Ramai orang datang untuk menerokai jalan yang ditempuh dalam Journey to the West, dan mendalami lagi kawasan itu. Di sini, sejarah dan realiti bertembung, keajaiban alam dan tamadun manusia bertemu. Keajaiban alam serta intergrasi antara budaya di Gunung Huoyan penuh dengan daya tarikan.

Video

Berita Berkaitan